::PERAK BUMI BERTUAH::

Thursday, March 25, 2010

Himpunan Mahasiswa/mahasiswi anak Perak 2010

Salam terlebih dahulu..agak berdebu berhabuk dan bersawang blog Permadari ini.Baper lame yea tak update ini blog?maaf yea ..takde aktiviti baru jd takde maknenye nak update.ahahah..ini entry baru,menandakan update baru, menandakan ada program baru yang Permadari join.Apa pula kali ini yep??

Kali nie Permadari dijemput utk menghadiri Program Himpunan Mahasiswa/mahasiswi anak Perak 2010.Seramai 9 orang wakil Permadari telah dihantar utk menyertai program ini. dan kesemua wakil tersebut terdiri daripada MT ,exco serta mantan MT dan exco.Sepatutnye Permadari menghantar 15 orang wakil,tapi atas faktor-faktor teknikal hanya 9 orang yg dihantar.

Berbagai masalah yang berlaku sebelum keberangkatan kami ke tempat berhimpun.Cehh,bunyi macam nak pergi perhimpunan harian masa sekolah dolu-dolu plak.hehe.Tapi segala masalah dan rintangan yang muncul tak sudah-sudah itu berjaya kami atasi.Lautan api sanggup ku renangi gitue..

Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam.Bertempat di Bukit Jana Golf Resort,Taiping,Perak.Maner yang wakil Permadari tue orang taiping,dapatlah jumpa mak ayah nenek datuk bagai,dapat lah nak merasa makanan rumah yang dibawa.Makan ramai-ramai pulak aih!Lagi lah best.walau sesimple cekodok,nikmatnya tetap dirasai.

Antara tajuk bengkel yang disediakan semasa program tersebut seperti Intipati 7 wasiat raja-raja Melayu,Konsep 1 Malaysia serta Perlembagaan Malaysia.Bagi wakil yang before nie tak pernah tahu atau ambil tahu pasal dasar-dasar kerajaan dan benda-benda sewaktu dengannya,dapatlah tambah pengetahuan am jugak.bagi readers sekalian,*wahh mcm byk je reader ini belog,dasar kerajaan dan perlembagaan perlu diambil tahu yep!!

Di akhir program ini,sebuah Majlis Permuafakatan Mahasiswa Perak telah ditubuhkan.OK dah panjang merepek.nak berhenti disinie.Next entry akan dipenuhi gambar semasa program berlangsung.Wait ok.Sekian.


'berbakti untuk negeri Perak'

No comments:

Post a Comment