::PERAK BUMI BERTUAH::

Tuesday, October 6, 2009

Interaksi PERMADARI


Kepada semua ahli Permadari, Program Interaksi Mahasiswa Permadari akan diadakan pada 10 dan 11 Oktober ini bertempat di Pantai Seri Purnama, Teluk Kemang, Port Dickson.
Kepada mereka yang berminat, masih boleh menghubungi nombor-nombor yang tertera di bawah.

Penyertaan juga dibuka kepada semua warga UKM yang inginkan sedikit keseronokan sebelum Peperiksaan Akhir bermula.

Bayaran : RM 10
Tempat menunggu : Pusanika
Masa menunggu : 8.00 pagi 10 Oktober

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk anda!


Wednesday, September 30, 2009

Interaksi Mahasiswa

Perhatian kepada semua ahli Permadari.

Program Interaksi Mahasiswa Permadari akana diadakan pada 10 & 11 Oktober ini di Teluk Kemang, Port Dickson.

Kepada ahli-ahli Permadari yang berminat mengenali Permadari dengan lebih mendalam sila sertai program ini dengan menghubungi

farhan: 012-3345574
suhaili: 0133191920

Pengesahan perlu dibuat sebelum 4 petang 30 September 2009.

Thursday, August 6, 2009

PERHATIAN!!!

Slm...

Malam Interaksi ahli baru PERMADARI sesi 2009/2010 akan diadakan pada

Tarikh : 7 OGOS 2009

Tempat : DK3F 302 FSSK

Masa : 8.00PM

**Kepada ahli - ahli baru, kehadiran anda adalah DIWAJIBKAN...
Jamuan disediakan...

Wednesday, August 5, 2009

MEETING!!!

perhatian kepada semua EXCO dan MT,sila hadir ke mesyuarat PERMADARI pada 6HB OGOS 09, jam 8.00pm di 3a509 FSSK...
sila bawa wang baju F1 RM58 bagi memudahkan lg urusan...
kehadiran dan kerjasama anda adalah dihargai!!!

Thursday, July 30, 2009

Baju F1 PERMADARI


Baju F1 Permadari sesi 2009/2010....
Perhatian kepada semua MT dan EXCO,anda di wajibkan membeli baju ini bagi tujuan rasmi...
Segala pertanyaan boleh hubungi
Suhaili:0133191920
Azizan : 0175659187/0194471237
Harga: RM58..

*size dari XS>XXXL
baju perempuan:lengan 3 suku,dan cutting...
sila bayar duit baju sebelum 07august09 bagi memudahkan urusan...

Saturday, July 25, 2009

Minggu Pengenalan Persatuan Tamat.

Pada 24 Julai 2009, hari Jumaat, secara rasminya Minggu Pengenalan Persatuan (MPP) bagi sesi 09/10 ditamatkan. Kami dari pihak PERMADARI dengan sukacitanya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli baru yang telah mendaftar sebagai ahli PERMADARI selama seminggu kaunter dibuka di Pusanika. PERMADARI amat berbesar hati memandangkan sambutan yang agak menggalakkan daripada mahasiswa/i yang bukan sahaja berasal daripada negeri Perak bahkan juga mahasiswa/i yang berasal dari negeri-negeri yang lain.

Diharapkan semoga pilihan yang telah dibuat oleh mahasiswa/i yang telah mendaftar ini adalah yang terbaik. Kami di PERMADARI berazam akan memberikan perkhidmatan terbaik dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan dapat memberikan manfaat yang besar kepada ahli yang mendaftar.

Diharapkan juga kepada ahli-ahli baru dan lama supaya lebih melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh PERMADARI. Semoga dengan penglibatan yang menggalakkan daripada setiap ahli PERMADARI, persatuan ini akan dapat mencapai matlamat penubuhannya selain dapat memberikan pengalaman berharga kepada mereka yang terlibat.

Kepada ahli-ahli yang baru mendaftar, segala aktiviti yang akan dijalankan oleh PERMADARI akan dimaklumkan melalui mesej, email ataupun melalui laman blog ini. Diharapkan agar anda kerap melawati laman blog ini.

Berikut pula adalah gambar-gambar yang diambil sebelum dan sepanjang MPP bagi sesi ini.


Exco-exco sedang melakukan persiapan untuk MPP



Persiapan di tapak booth




Selamat Datang..



Kaunter pendaftaran



Ahli baru yang mendaftar



Kemesraan melayan ahli yang mendaftar



Berehat bersama



Gambar kenangan di papan kenyataan


Semoga PERMADARI terus maju ke hadapan.

"Perak Bumi Bertuah"


Thursday, July 16, 2009

STRUKTUR ORGANISASI 2009/2010




PERSATUAN MAHASISWA DARUL RIDZUAN (PERMADARI)

Yang Di-Pertua:

Khairul Fikrie Bin Zubaidi

Timbalan Yang Dipertua:
Sazali Bin Sarif

Naib Yang Dipertua I:
Ahmad Nazri Bin Mat Said

Naib Yang Dipertua II:
Farhana Binti Abu Bakar

Setiausaha Agong:
Suhaili Binti Mohd Noor

Timbalan Setiausaha Agong:
Adauwiyah Binti Salih Ludin

Bendahari Agong:
Ayuna Binti Ahmad

Timbalan Bendahari Agong:
Zunaini Binti Othman

Ketua Penyelaras Program:
Mohd Syafarin Bin Mat Saad

Timbalan Penyelaras Program :
Hazeatuladila Bt Mohd Yusoff

Exco Publisiti dan Penerbitan:
Mohammad Farhan Bin Mohd Noor
Siti Mardhiah Binti Mohd Nazeri
Hal Lai Keong

Exco Pemasaran:
Muhammad Azani Bin Ahmed
Norazianti Binti Abu Hasan

Exco Pendidikan dan Kerjaya:
Nur Aisyah Binti Adami
Mohamad Safuan Jamaluddin
Amirah Binti Ahmad Sharudin

Exco Sukan dan Rekreasi:
Amir Syukri Bin Kamaruzaman
Mohd Nazri Bin Zainal
Muhammad Nizamuddin Bin Mustapha

Exco Kebajikan dan Kerohanian:
Mohd Hafizuddin Bin Wahidin
Intan Zaleha Binti Abd. Rahman
Aimi Mardhiyah Binti Ahmad Mokhtar

Exco Tugas-Tugas Khas:
Mohammad Syukur Aslam Bin Abdul Talib
Mohd Fitri Bin Shaharuddin
Azizan Bin Md Nordin

Exco Hal Ehwal Siswi:
Atiqah Binti Ahmad Dalail
Nurul Husni Binti Zawawil Anwar
Nadiatul Amalina

Exco Integrasi Kaum dan Perpaduan:
Lew Pui Ling @ Nur Aisyah Binti Abdullah
Muhammad Shahrir Bin Shari
Ang Lay Li

Exco Hubungan Luar dan Alumni:
Muhammad Hanafi Bin Ghazali
Siti Salihah Binti Yang Amri

Minggu Pengenalan Persatuan (MPP) 09/10

Aktiviti terdekat yang akan diadakan oleh Permadari pada semester ini ialah mengendalikan Minggu Pengenalan Persatuan di mana Permadari bertekad untuk menarik keahlian ke persatuan ini seramai yang mungkin.

Untuk tujuan itu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pengarah MPP bagi Permadari sesi 09/10 iaitu Saudara Azizan. Pelbagai persiapan lain juga sedang dilaksanakan bagi menjayakan lagi MPP kali ini yang akan diadakan bermula 20 Julai sehingga 24 Julai yang akan datang.

Sehubungan itu, pihak Permadari mengalu-alukan penyertaan para mahasiswa/i UKM ke Permadari. Semoga dengan penyertaan mahasiswa/i baru bagi sesi ini, Permadari akan terus maju ke hadapan dalam menjadi sebuah persatuan yang dapat merealisasikan visi dan misinya dengan berjaya.