::PERAK BUMI BERTUAH::

Thursday, March 25, 2010

Himpunan Mahasiswa/mahasiswi anak Perak 2010

Salam terlebih dahulu..agak berdebu berhabuk dan bersawang blog Permadari ini.Baper lame yea tak update ini blog?maaf yea ..takde aktiviti baru jd takde maknenye nak update.ahahah..ini entry baru,menandakan update baru, menandakan ada program baru yang Permadari join.Apa pula kali ini yep??

Kali nie Permadari dijemput utk menghadiri Program Himpunan Mahasiswa/mahasiswi anak Perak 2010.Seramai 9 orang wakil Permadari telah dihantar utk menyertai program ini. dan kesemua wakil tersebut terdiri daripada MT ,exco serta mantan MT dan exco.Sepatutnye Permadari menghantar 15 orang wakil,tapi atas faktor-faktor teknikal hanya 9 orang yg dihantar.

Berbagai masalah yang berlaku sebelum keberangkatan kami ke tempat berhimpun.Cehh,bunyi macam nak pergi perhimpunan harian masa sekolah dolu-dolu plak.hehe.Tapi segala masalah dan rintangan yang muncul tak sudah-sudah itu berjaya kami atasi.Lautan api sanggup ku renangi gitue..

Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam.Bertempat di Bukit Jana Golf Resort,Taiping,Perak.Maner yang wakil Permadari tue orang taiping,dapatlah jumpa mak ayah nenek datuk bagai,dapat lah nak merasa makanan rumah yang dibawa.Makan ramai-ramai pulak aih!Lagi lah best.walau sesimple cekodok,nikmatnya tetap dirasai.

Antara tajuk bengkel yang disediakan semasa program tersebut seperti Intipati 7 wasiat raja-raja Melayu,Konsep 1 Malaysia serta Perlembagaan Malaysia.Bagi wakil yang before nie tak pernah tahu atau ambil tahu pasal dasar-dasar kerajaan dan benda-benda sewaktu dengannya,dapatlah tambah pengetahuan am jugak.bagi readers sekalian,*wahh mcm byk je reader ini belog,dasar kerajaan dan perlembagaan perlu diambil tahu yep!!

Di akhir program ini,sebuah Majlis Permuafakatan Mahasiswa Perak telah ditubuhkan.OK dah panjang merepek.nak berhenti disinie.Next entry akan dipenuhi gambar semasa program berlangsung.Wait ok.Sekian.


'berbakti untuk negeri Perak'

Sunday, March 14, 2010



PERHATIAN !


kepada para MT dan EXCO sesi 2010/2011
anda diminta menyerahkan 2 keping gambar bersaiz pasport kepada S/U
secepat mungkin.
satu gambar wajiblah berkot,manakala lagi satu gambar pasport yang biasa je pun boleh.
kalau dua-dua gambar pasport pun boleh saja~

utk penyerahan gambar,hubungi timbalan s/u
fidah : 019-4136394


kerjasama anda amatlah dihargai.
terima kasih.


Friday, March 5, 2010



Jutaan terima kasih diucapkan kepada mantan YDP,barisan MT dan EXCO
Permadari bagi sesi 2009/2010.

dan sekalung tahniah buat YDP,barisan MT dan EXCO Permadari utk sesi 2010/2011.
Diharapkan kita sama-sama dapat memberikan sepenuh komitmen dalam mencapai matlamat Permadari.


"Perak bumi bertuah"

AGM 2010

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-31
Persatuan Mahasiswa Darul Ridzuan
[PERMADARI]
Universiti Kebangsaan Malaysia


Tarikh : 28 Februari 2010
Masa : 8.00 malam
Tempat : Auditorium Siswa,Pusanika


"perak bumi bertuah"

setelah KIC 2010

sesi bergambar beramai-ramai..


daftar sudah,





aktiviti pertama bersama peserta KIC .LDK!











.



















barisan juri profesional diimport khas dari UKM


acara bwk bola pingpong dlm sudu











gambar-gambar di atas ni hanya lah suku daripada jumlah gambar yang telah di ambil sepanjang program KIC ini berlangsung.den tak larat nak upload byk-byk.lambat beno.Apa yang pasti program KIC ini banyak memberi kenangan manis kpd barisan exco dan PC Permadari. sendiri.Bagi adik-adik SMK Dato Haji Hussein,sudah tentulah mereka  lebih gembira dari kami ahli-ahli Permadari.Di harapkan kem sebegini dapat Permadari adakan lagi utk sesi 2010/2011 pula.Di negeri Perak kami berbakti.

Wednesday, February 3, 2010

Kem Insan Cemerlang 2010

Pada 5-7 Februari 2010, Persatuan Mahasiswa Darul Ridzuan (PERMADARI) akan mengadakan Kem Insan Cemerlang (KIC) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Hj Hussein, Selama, Perak.

Program ini akan disertai oleh 80 orang pelajar tingkatan 5 dan 6 atas dan akan dikendalikan oleh 42 orang fasilitator dari PERMADARI.

Para fasilitator yang telah mendaftar akan bertolak dari UKM pada hari Jumaat (5 Februari) jam 10 pagi dan dijangka tiba pada waktu petang hari yang sama.

Diharapkan agar program yang akan diadakan ini akan dapat berjalan dengan lancar.



"BERBAKTI UNTUK ANAK PERAK"


Tuesday, October 6, 2009

Interaksi PERMADARI


Kepada semua ahli Permadari, Program Interaksi Mahasiswa Permadari akan diadakan pada 10 dan 11 Oktober ini bertempat di Pantai Seri Purnama, Teluk Kemang, Port Dickson.
Kepada mereka yang berminat, masih boleh menghubungi nombor-nombor yang tertera di bawah.

Penyertaan juga dibuka kepada semua warga UKM yang inginkan sedikit keseronokan sebelum Peperiksaan Akhir bermula.

Bayaran : RM 10
Tempat menunggu : Pusanika
Masa menunggu : 8.00 pagi 10 Oktober

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk anda!