::PERAK BUMI BERTUAH::

Saturday, July 25, 2009

Minggu Pengenalan Persatuan Tamat.

Pada 24 Julai 2009, hari Jumaat, secara rasminya Minggu Pengenalan Persatuan (MPP) bagi sesi 09/10 ditamatkan. Kami dari pihak PERMADARI dengan sukacitanya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli baru yang telah mendaftar sebagai ahli PERMADARI selama seminggu kaunter dibuka di Pusanika. PERMADARI amat berbesar hati memandangkan sambutan yang agak menggalakkan daripada mahasiswa/i yang bukan sahaja berasal daripada negeri Perak bahkan juga mahasiswa/i yang berasal dari negeri-negeri yang lain.

Diharapkan semoga pilihan yang telah dibuat oleh mahasiswa/i yang telah mendaftar ini adalah yang terbaik. Kami di PERMADARI berazam akan memberikan perkhidmatan terbaik dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan dapat memberikan manfaat yang besar kepada ahli yang mendaftar.

Diharapkan juga kepada ahli-ahli baru dan lama supaya lebih melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh PERMADARI. Semoga dengan penglibatan yang menggalakkan daripada setiap ahli PERMADARI, persatuan ini akan dapat mencapai matlamat penubuhannya selain dapat memberikan pengalaman berharga kepada mereka yang terlibat.

Kepada ahli-ahli yang baru mendaftar, segala aktiviti yang akan dijalankan oleh PERMADARI akan dimaklumkan melalui mesej, email ataupun melalui laman blog ini. Diharapkan agar anda kerap melawati laman blog ini.

Berikut pula adalah gambar-gambar yang diambil sebelum dan sepanjang MPP bagi sesi ini.


Exco-exco sedang melakukan persiapan untuk MPP



Persiapan di tapak booth




Selamat Datang..



Kaunter pendaftaran



Ahli baru yang mendaftar



Kemesraan melayan ahli yang mendaftar



Berehat bersama



Gambar kenangan di papan kenyataan


Semoga PERMADARI terus maju ke hadapan.

"Perak Bumi Bertuah"


No comments:

Post a Comment