::PERAK BUMI BERTUAH::

Thursday, July 16, 2009

Minggu Pengenalan Persatuan (MPP) 09/10

Aktiviti terdekat yang akan diadakan oleh Permadari pada semester ini ialah mengendalikan Minggu Pengenalan Persatuan di mana Permadari bertekad untuk menarik keahlian ke persatuan ini seramai yang mungkin.

Untuk tujuan itu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pengarah MPP bagi Permadari sesi 09/10 iaitu Saudara Azizan. Pelbagai persiapan lain juga sedang dilaksanakan bagi menjayakan lagi MPP kali ini yang akan diadakan bermula 20 Julai sehingga 24 Julai yang akan datang.

Sehubungan itu, pihak Permadari mengalu-alukan penyertaan para mahasiswa/i UKM ke Permadari. Semoga dengan penyertaan mahasiswa/i baru bagi sesi ini, Permadari akan terus maju ke hadapan dalam menjadi sebuah persatuan yang dapat merealisasikan visi dan misinya dengan berjaya.

No comments:

Post a Comment